Syarikat negara barat gagal bersaing Hutan_tropika

Kebanyakan faktor mengapa tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan kepada negara-negara sedang membangun ialah kerana faktor ekonomi. Sejak beratus tahun negara-negara maju membolot kekayaan yang dimiliki oleh negara- negara yang mereka jajah. Apabila kebanyakan negara telah merdeka, syarikat-syarikat barat ini telah menjadi syarikat gergasi dan masih meneruskan monopoli terhadap sumber asli di negara-negara sedang membangun.

Tetapi keadaan itu telah banyak berubah. Syarikat-syarikat dari Jepun lebih berdaya saing berbanding dengan syarikat dari negara barat.

Syarikat dari Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong telah menguasai kebanyakan industri perkayuan dan pembalakan di kawasan Asia Tenggara. Ini dikuti dengan negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Contoh terbaik ialah kejayaan firma CASH Contruction and Suplies House Bhd dari Malaysia bersama dengan P.T. Barito dari Indonesia memperolehi kawasan konsesi penebangan balak seluas 5.5 juta hektar di Kalimantan , Sumatera, Maluku dan Irian Jaya. Sebelum ini konsesi balak ini hanya dimonopoli oleh syarikat-syarikat dari barat dan Jepun sahaja.

Syarikat lain ialah Lambda Holding yang menjalankan aktiviti pembalakan di Papua New Guinea dan akan dipasarkan ke Jepun dan China. Konsesi yang terlibat seluas 103,090 hektar dan bernilai RM70 juta.

Mereka merasa tercabar kerana gagal menperolehi konsesi -kensesi sedemikian rupa. Lantas mereka membuat pelbagai tuduhan di media massa kononnya syarikat pembalakan dari Malaysia tidak mematuhi prosedur pembalakan.